Wednesday, 20 July 2011

Cinta MIlik Sufi : Babak Lima

Sebelum berpindah ke Alam Damai, Qarleesha tinggal bersama dengan tiga orang teman satu kolej yang lain salah sebuah apartment di Taman Tasik Permaisuri kerana berhampiran dengan tempat kerjanya. Mudah bagi Qarleesha untuk ulang alik ke tempat kerja dengan berjalan kaki kerana dia masih belum memiliki kenderaan.

Sudah puas Puan Qaisarah memujuk Qarleesha untuk memandu kereta Proton Perdana miliknya. Qarleesha berdegil untuk hidup berdikari. Sikap degil Qarleesha sering kali menimbulkan kerisauan dan pergaduhan ibu bapanya.

Citra adalah salah seorang teman serumah Qarleesha. Mereka berdua sememangnya tidak sebulu semenjak belajar di kolej swasta dulu. Dia sememangnya tidak menyangka akan  serumah dengan gadis tersebut. Mahu atau tidak terpaksa juga Qarleesha duduk dirumah tersebut kerana tiada pilihan lain.

Citra ada satu perangai yang tidak menyenangkan Qarleesha. Gadis itu tidak mahu kalah dengan Qarleesha dalam apa pun aspek. Makanan yang terdapat dalam peti dia kebas sahaja. Pinggan dia makan tidak dibasuh malah meninggalkan saja dengan sisa makanan di atas meja makan. Nampaknya bukan satu perangai tetapi lebih!

Qarleesha mahu menjaga hati Azni dan menemannya untuk terus tinggal dirumah tersebut. Ini kerana Azni telah berusaha untuk mendapatkan sebuah rumah sewa dan mereka telah berjanji untuk tinggal bersama.

Qarleesha dan Citra sering saja bergaduh. Pantang jumpa pasti bertekak. Bercakap dengan Citra seperti masuk telinga kiri keluar telinga kanan membuatkan Qarleesha naik panas sahaja dengan gadis itu.

“Kau jangan pandang buruk dia je. Tak semua orang sempurna. Kalau kau lawan dengan api juga kau yang sakit hati,” pujuk Azni. Azni lembut orangnya. Qarleesha kagum dengan Azni menyebabkan Qarleesha selesa dengannya walaupun mereka tidak begitu rapat sewaktu belajar dulu.

Azni banyak mengajar Qarleesha, lebih-lebih lagi tentang agama. Qarleesha akui dia masih jahil. Ibu bapanya sentiasa memanjakan dia dengan semua keinginnya lalu mengabaikan tentang kemerosotan pelajarannya di waktu sekolah dahulu.

Angan Qarleesha tidak kesampaian untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana keputusan SPM tidak memberansangkan. Tuan Ismail menghantar Qarleesha ke sebuah kolej swasta dalam bahagian bissness namun Qarleesha menolak. Entah kenapa dia memilih jururawat sebagai profesion masa depannya.

Sewaktu pulang dari bekerja shif malam, Qarleesha masih dalam keadaan mamai- mamai terdengar suara gelakkan kecil dari bilik Citra.

“Pagi-pagi hantu Citra dah mengilai,” Qarleesha menjeling saja pintu bilik Citra yang tidak tertutup rapat. Namun langkahnya terhenti untuk masuk ke kamar setelah kedengaran pula suara garau milik seorang lelaki.

“Sah dia bawa jantan tu lagi!” hati Qarleesha membuak geram. Dia melangkah keluar semula dari rumah senyap-senyap. Dia turun lif dari tingkat tujuh rumahnya ke surau di tingkat satu.

Dia memberi salam sebelum masuk ke surau yang masih lagi terdapat ahli-ahli surau yang belum pulang ke rumah. Qarleesha meminta bantuan mereka untuk menahan pasangan yang madu kasih dibilik sebelahnya.

Qarleesha membenarkan mereka masuk diikuti oleh seorang jaga di apartment tersebut untuk menyerbu sepasang kekasih itu tanpa menghiraukan keadaan rumahnya yang semamangnya berselerak.

Salah seorang diantara ahli surau itu mengetuk pintu bilik Citra lalu memberi salam. Dia mengarahkan mereka berdua untuk keluar. Sangkaan Qarleesha ahli tersebut pasti bilal surau kerana dia cam benar dengan suara laungan azan lelaki tersebut.

Joey keluar dari bilik tersebut setelah diugut oleh ahli surau untuk merempuh jika mereka masih tidak membuka pntu setelah lima minit menunggu diluar bilik. Joey dengan hanya memakai seluar pendek kelihatan pucat lesi bagai kehilangan banyak darah apabila berada di tepi pintu.

Qarleesha menjengul kepalanya ke dalam bilik Citra. Bagai nak tersembul biji mata Qarleesha apabila Citra hanya memakai tuala dan lebih-lebih lagi tuala berwarna merah jambu itu miliknya!

No comments:

Post a Comment