Wednesday, 20 July 2011

Cinta Milik Sufi : Babak Enam

“Kau tak bagitahu housemate kau ke?” soal Hanna. Dia menghirup ice lemon tea yang dipesannya tadi. Hanna teman baik Qarleesha sejak dibangku sekolah lagi. Sekarang dia bekerja di syarikat perlancongan menyebabkan dia jarang dapat meluahkan masa dengan Qarleesha akibat tuntutan kerja yang sentiasa memerlukan dia outstation samada di dalam dan luar negara.

            “Gila, kalau dia takut macam mana? Tak pun kalau dia tak percaya? Tapi mesti dia dah bagitahu aku kalau dia nampak apa-apa sebelum aku pindah masuk rumah dia, kan?” balas Qarleesha.

            “Jumpa bomoh nak?” cadang Hanna.

            “Bomoh? Kau kan tahu aku tak percaya benda semua ni. Aku nak suruh orang baca-baca atau pagar rumah tu,”

            “Pastu kau jangan lupa minta sekali,”

            “Minta apa?” Qarleesha berhenti mengunyah.

            “Nombor ekor!” Hanna tergelak kecil.

            “Kau pernah rasa makan double cheesse burger dengan penumbuk tak?” Qarleesha menunjuk buku limanya kepada Hanna. Hanna ketawa lagi.

            “Kau ni da banyak berubah la. Dah lah garang, suka menangis.. Kau ingat kau comel ke macam ni?” Hanna menyuap burger ke mulutnya.

            “Teruk sangat ke aku ni?” Qarleesha membuat muka sadis.

            “Kau janganlah fikir sangat. Kau jangan fikir langsung lagi senang! Lupakan Farhan, kuatkan diri!”

            “Kau fikir aku ni psyco ke? Sampai nampak apa yang orang lain tak nampak?” Qarleesha mencebik.

            “Aku tak maksud macam tu, tapi semua yang berlaku ada sebab dan akibatnya. Aku nak kau tenangkan fikiran kau. Kalau kau ikut aku pergi Sabah nanti kau nak? Kita boleh balik awal kalau kau tak boleh cuti lama. Ok?” cadang Hanna. Kebetulan bulan hadapan dia akan membawa sekumpulan pelancong dari Korea untuk melancong ke Sabah.

            “Aku try minta cuti. Kalau dapat, aku pergi.” Qarleesha pun malas fikir panjang. Memang dia memerlukan rehat untuk tenangkan fikiran. Semenjak enam bulan bekerja dia sudah lama tidak melancong atau bercuti. Mama Qarleesha pernah mengajaknya ke Hong Kong namun tuntutan kerja yang membatasi dia bercuti lama. Alasannya tidak cukup kaki tangan untuk cover ward.

            “Dan lagi satu, kau kena bagitahu housemate kau dan nyahkan benda yang ikut kau sebelum pergi Sabah. Nati dengan aku sekali dia kacau,” Hanna mengeyitkan mata kanannya. Sengaja mengusik Qarleesha lagi. Dia rindu hilai  tawa Qarleesha, dia rindu lawak-lawak bodoh Qarleesha yang sentiasa membuat dia pecah perut.

            “Aku nak tanya Azni lah. Aku rasa dia tahu apa aku patut buat,”

            “Dia mesti rindu sangat kat kau,”

            “Kau ni buat aku rasa bersalah lah!” Qarleesha menundukkan wajahnya. Teringat lagi tiga bulan lepas selepas kejadian tangkap basah Citra, Qarleesha mengambil keputusan untuk berpindah rumah tanpa memberitahu Azni terlebih dahulu. Setelah dia siap berkemas muncul wajah Azni di hadapan pintu, sudah pulang dari tempat kerjanya.

            “Aku minta maaf, tapi aku kena pindah.”

            Azni tidak berkata apa, dia terus meluru masuk ke dalam biliknya. Qarleesha tahu pasti Azni sedang menangis kerana sememangnya Azni seorang yang lembut hati. Dia tidak berdaya untuk menghalang Qarleesha. Mungkin ada hikmahnya Qarleesha berpindah namun hatinya sayu ditinggalkan Qarleesha.

            “Kau termenung apa? Cepatlah makan. Aku nak kau teman aku beli barang-barang hiking,” Hanna mematikan lamunan Qarleesha.

            “Kau nak hiking kat mana?”

            “KK je, kenapa? Nak ikut?”

            “Aku kerjalah!” Qarleesha mencebik muka.

            “Kerja kau bestlah! Asyik berjalan je.. Aku ni macam-macam kena buat, cuti pun susah,” Qarleesha menguis-kuis mee goreng mamak yang masih berbaki didalam pinggan.
           
            “Kerja kau lagi mulia Leesh. Senang dapat pahala,”

            “Yelah, bukan semua orang sanggup buat kerja kita orang ni,” Qarleesha makin mencebik.

            “Kerja apa?” Hanna hairan.

            “Cuci berak orang! Kau sanggup?” Qarleesha mencekak pinggangnya. Pecah perut Hanna dibuatnya. Qarleesha penggeli orangnya, tak sangka juga dia mahu menjadi seorang jururawat.

            Rizman yang dari tadinya mencuri dengar perbualan gadis itu turut tergelak kecil. Macam-macam keletah Qarleesha. Kalau di dalam wad bukan main lagi garang dengan Rizman.

            “Kau gelak sorang-sorang ni kenapa? Aku tak buat lawak pun,” Hakimi hairan dengan temannya.

            “Tak ada apalah,” balas Rizman yang cuba menutup lubangnya.

            “Dari tadi aku tengok asyik tertoleh-toleh kat budak perempuan tu. Yang mana kau berkenan? Yang pakai tudung ke yang tak pakai tudung?” Hakimi menduga.

            “Aku tak pandang siapa-siapalah,”

            “Dengan aku pun kau nak malukan? Kita bukan kenal sehari dua tapi dah nak masuk lima tahun dah ni, kan?” Hakimi mencongak samada betul atau tidak umur perkenalan mereka.

            “Tak pentinglah. Eh, ni kau belanjakan? Aku nak tambah roti canai kosong lagi satu boleh?” Rizman mengangka-angkat keningnya cuba memujuk Hakimi.

            “Gaji kau tak cukup ke asyik nak suruh belanja kau makan?” Hakimi dan Rizman tergelak besar. Sementelaahnya Hakimi adalah junior Rizman sewaktu di kampus dulu dan selalu menjadi mangsa untuk bayar makan adalah Rizman kerana dia mula bekerja awal enam bulan dari Hakimi.

            Giliran Qarleesha pula menoleh ke arah kedua jejaka itu. Kenal benar Qarleesha dengan suara gelak tawa Rizman kerana dia selalu mengusik Qarleesha walau tak sampai sebulan Rizman posting di wad Qarleesha bekerja.

            Rizman terkedu apabila bertentangan mata dengan Qarleesha. Adakah dia sudah ditangkap kerana selalu memerhatikan wajah Qarleesha? Namun Qarleesha hanya membalas dengan jelingan menyampah. Nampaknya gadis itu langsung tiada respon bahkan meluat lagi dengan dirinya adalah! Getus hati Rizman. Dia mengalah.

Cinta MIlik Sufi : Babak Lima

Sebelum berpindah ke Alam Damai, Qarleesha tinggal bersama dengan tiga orang teman satu kolej yang lain salah sebuah apartment di Taman Tasik Permaisuri kerana berhampiran dengan tempat kerjanya. Mudah bagi Qarleesha untuk ulang alik ke tempat kerja dengan berjalan kaki kerana dia masih belum memiliki kenderaan.

Sudah puas Puan Qaisarah memujuk Qarleesha untuk memandu kereta Proton Perdana miliknya. Qarleesha berdegil untuk hidup berdikari. Sikap degil Qarleesha sering kali menimbulkan kerisauan dan pergaduhan ibu bapanya.

Citra adalah salah seorang teman serumah Qarleesha. Mereka berdua sememangnya tidak sebulu semenjak belajar di kolej swasta dulu. Dia sememangnya tidak menyangka akan  serumah dengan gadis tersebut. Mahu atau tidak terpaksa juga Qarleesha duduk dirumah tersebut kerana tiada pilihan lain.

Citra ada satu perangai yang tidak menyenangkan Qarleesha. Gadis itu tidak mahu kalah dengan Qarleesha dalam apa pun aspek. Makanan yang terdapat dalam peti dia kebas sahaja. Pinggan dia makan tidak dibasuh malah meninggalkan saja dengan sisa makanan di atas meja makan. Nampaknya bukan satu perangai tetapi lebih!

Qarleesha mahu menjaga hati Azni dan menemannya untuk terus tinggal dirumah tersebut. Ini kerana Azni telah berusaha untuk mendapatkan sebuah rumah sewa dan mereka telah berjanji untuk tinggal bersama.

Qarleesha dan Citra sering saja bergaduh. Pantang jumpa pasti bertekak. Bercakap dengan Citra seperti masuk telinga kiri keluar telinga kanan membuatkan Qarleesha naik panas sahaja dengan gadis itu.

“Kau jangan pandang buruk dia je. Tak semua orang sempurna. Kalau kau lawan dengan api juga kau yang sakit hati,” pujuk Azni. Azni lembut orangnya. Qarleesha kagum dengan Azni menyebabkan Qarleesha selesa dengannya walaupun mereka tidak begitu rapat sewaktu belajar dulu.

Azni banyak mengajar Qarleesha, lebih-lebih lagi tentang agama. Qarleesha akui dia masih jahil. Ibu bapanya sentiasa memanjakan dia dengan semua keinginnya lalu mengabaikan tentang kemerosotan pelajarannya di waktu sekolah dahulu.

Angan Qarleesha tidak kesampaian untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana keputusan SPM tidak memberansangkan. Tuan Ismail menghantar Qarleesha ke sebuah kolej swasta dalam bahagian bissness namun Qarleesha menolak. Entah kenapa dia memilih jururawat sebagai profesion masa depannya.

Sewaktu pulang dari bekerja shif malam, Qarleesha masih dalam keadaan mamai- mamai terdengar suara gelakkan kecil dari bilik Citra.

“Pagi-pagi hantu Citra dah mengilai,” Qarleesha menjeling saja pintu bilik Citra yang tidak tertutup rapat. Namun langkahnya terhenti untuk masuk ke kamar setelah kedengaran pula suara garau milik seorang lelaki.

“Sah dia bawa jantan tu lagi!” hati Qarleesha membuak geram. Dia melangkah keluar semula dari rumah senyap-senyap. Dia turun lif dari tingkat tujuh rumahnya ke surau di tingkat satu.

Dia memberi salam sebelum masuk ke surau yang masih lagi terdapat ahli-ahli surau yang belum pulang ke rumah. Qarleesha meminta bantuan mereka untuk menahan pasangan yang madu kasih dibilik sebelahnya.

Qarleesha membenarkan mereka masuk diikuti oleh seorang jaga di apartment tersebut untuk menyerbu sepasang kekasih itu tanpa menghiraukan keadaan rumahnya yang semamangnya berselerak.

Salah seorang diantara ahli surau itu mengetuk pintu bilik Citra lalu memberi salam. Dia mengarahkan mereka berdua untuk keluar. Sangkaan Qarleesha ahli tersebut pasti bilal surau kerana dia cam benar dengan suara laungan azan lelaki tersebut.

Joey keluar dari bilik tersebut setelah diugut oleh ahli surau untuk merempuh jika mereka masih tidak membuka pntu setelah lima minit menunggu diluar bilik. Joey dengan hanya memakai seluar pendek kelihatan pucat lesi bagai kehilangan banyak darah apabila berada di tepi pintu.

Qarleesha menjengul kepalanya ke dalam bilik Citra. Bagai nak tersembul biji mata Qarleesha apabila Citra hanya memakai tuala dan lebih-lebih lagi tuala berwarna merah jambu itu miliknya!