Qarleesha merenung langit luas. Terdetik rasa bersyukur atas nikmat dan keindahan alam ciptaan yang maha Esa. Di awal pagi sabtu itu, pasti saja ramai yang beriadah di Taman Tasik Permaisuri, diendahkan saja orang ramai yang lalu lalang dihadapannya. Fikiran nakalnya lebih kuat menguasai.
“Hujanlah, hujanlah..” bisiknya sendirian.
“Amboi Cik Qarleesha. Tadi bukan main kau ajak aku jogging. Ini bukan main lagi melepak dekat kerusi yang diteduhi pohon cemara,” Hanna mendekati sahabatnya setelah mengelilingi tasik itu sebanyak dua kali.
Tidak sedikit pun Qarleesha menoleh ke arah Hanna. Dia tahu pasti Hanna akan mendekatinya dan membebelkannya.
“Ya Allah, sesungguhnya Kau telah menghujaniku dengan bebelan temanku bukan dengan hujan rahmatMu..” Qarleesha menadah tangan seperti meminta doa dengan wajah penuh pasrah.
“Apa? Kau ulang balik,” sergah Hanna yang duduk pula disebelah Qarleesha.
“Cuba kau nyanyi, mesti hujan turun..” balas Qarleesha.
“Kau merepek apa ni? Pagi tadi bukan main ajak aku berjogging kata dah gemuk. Sekarang nak balik pula. Siap minta hujan bagai,” Hanna membebel lagi.
“Aku dah tak ada mood. Aku rasa separuh hati aku dah hilang,” tidak semena air mata Qarleesha berlinangan.
“Mana perginya Qarleesha yang penuh inspirasi tu? Mana hilang ego, superwomen, hot chick bagai kau tu?” Hanna menjeling ke arah Qarleesha yang sudah melepek di kerusi.
“Dah macam stoking busuk aku tengok kau,” geram Hanna. Dia kenal benar Qarleesha. Qarleesha gadis periang dan penuh cita-cita bagai hilang semangat untuk hidup.
“Kau cakap aku stoking busuk? Kau tak tahu perasaan putus cinta, Han,” ujar Qarleesha seakan merajuk.
Qarleesha menangis lagi, untuk entah kali keberapa. Hanya didepan Hanna sahaja dia dapat meluahkannya. Qarleesha terpaksa akur apabila kekasih hatinya bakal menjadi milik orang lain hujung tahun nanti.
Keputusan telah muktamad bila Qarleesha sendiri membuat keputusan untuk memutuskan hubungan setelah ibu Farhan memilih gadis lain untuk menjadi menantunya.
Kata Farhan telan mati mak, diluah mati bapa dan Qarleesha sememangnya akur kerana restu dari kedua ibu bapa amat penting untuk membina hidup berumah tangga. Syurga itu ditapak kaki ibu dan seorang lelaki itu adalah milik ibunya.
Namun bukan mudah bagi Qarleesha untuk melupakan Farhan. Terlalu panjang bait cinta, terlalu banyak kenangan manis dan duka mereka bersama.
Di saat Qarleesha menghantarkan puisi karya Pahrol Mohamad Juoi dari sebuah majalah motivasi kepada Farhan, dia tahu dia tidak boleh berpatah balik. Biarpun Farhan pernah meluahkan dia tidak akan bahagia dengan pilihan ibunya tetapi Qarleesha memujuk Farhan untuk yakin dengan pilihan ibunya dan tidak mensia-siakan bakal isterinya.
“Kekasihku..
Bunga semalam telah layu
Gugur dari jambangannya
Mujur..
cinta kita
bukan itu lambangnya
Mulutku telah kaku merayu
Hatiku malu untuk terus cemburu
Tidak seperti dulu..
Kerna kini kau seorang mujahid
yang rindu memburu syahid
Maaf kiranya tutur dan tingkah
Senyum dan seri wajah
Pudar dan hambar di matamu
Padaku yang baru belajar
menjadi seorang mujahidah
Aku kini hanya mendoakan
agar kau menjadi Yasir
Walau kiranya..
bukan aku sebagai Sumayyahmu.
Dalam tangis kucuba senyum
tika kau keluar bermusafir
Seperti redhanya Siti Hajar
waktu ditinggalkan Ibrahim.
Biarlah kita berpisah
selalu menderita
Bunga semalam telah layu
Gugur dari jambangannya
Mujur..
cinta kita
bukan itu lambangnya
Mulutku telah kaku merayu
Hatiku malu untuk terus cemburu
Tidak seperti dulu..
Kerna kini kau seorang mujahid
yang rindu memburu syahid
Maaf kiranya tutur dan tingkah
Senyum dan seri wajah
Pudar dan hambar di matamu
Padaku yang baru belajar
menjadi seorang mujahidah
Aku kini hanya mendoakan
agar kau menjadi Yasir
Walau kiranya..
bukan aku sebagai Sumayyahmu.
Dalam tangis kucuba senyum
tika kau keluar bermusafir
Seperti redhanya Siti Hajar
waktu ditinggalkan Ibrahim.
Biarlah kita berpisah
selalu menderita
Kerana syurga menagih ujian berat
Sedang neraka itu..
dipagar ribuan nikmat.”
Sedang neraka itu..
dipagar ribuan nikmat.”
Qarleesha menatap wajahnya dicermin. Bawah matanya sembab dan matanya masih berair. Akhirnya hujan mencurah-curah sewaktu Hanna memujuk Qarleesha di Taman Tasik Permaisuri tadi. Qarleesha cepat-cepat mandi untuk mengelak dirinya dari diserang selsema setelah dihantar pulang oleh Hanna.
Qarleesha menerima pesanan ringkas dari Hanna, membuatkan Qarleesha mencebikkan bibirnya.
“The world still need Qarleesha Ismail a.k.a The Queen Bee!”
Qarleesha tersenyum pada biasan wajahnya di cermin dan semakin melebarkan senyumannya.
“Enough is enough Qarleesha!” tegas Qarleesha sambil menepuk-nepuk pipinya.
Tidak semena bulu roma Qarleesha meremang seram sejuk. Lembaga hitam itu melintas dibelakangnya dan Qarleesha dapat melihatnya jelas melalui cermin.
No comments:
Post a Comment