Qarleesha memandu laju kereta Myvi baru yang dibeli olehnya tiga bulan lepas. Dia seakan tidak sabar untuk sampai ke kampung setelah penat bekerja di shif petang. Sememangnya shif petang tamat jam 9 malam namun di jam 8.50 malam salah seorang pesakit di wad dia bekerja meninggal dunia. Dia terpaksa pulang lewat untuk sama-sama membantu rakannya menguruskan mayat pesakit. Begitulah tugas sebagai seorang jururawat yang tidak selalunya pulang tepat pada waktu tamat shif.
Qarleesha risau kalau-kalau papanya marah kerana sampai lewat malam ke rumah. Sudah dipesan oleh papanya untuk pulang saja esok pagi kerana lebih selamat lebih-lebih lagi Qarleesha memandu bersendirian.
Jam dashboard menunjukkan 11.16 malam. Setelah menghantar Mariam pulang ke rumahnya kerana suami Mariam bekerja di shif malam sebagai seorang anggota polis tidak dapat menjemput Mariam dari tempat kerja. Qarleesha mempelawa dirinya untuk menghantar Mariam pulang kerana sudah lewat malam, dia yakin Mariam pasti sukar mendapatkan teksi.
Perjalanan dari Cheras ke Pajam melalui highway Lekas hanya mengambil masa 50 minit. Namun perjalanan yang sunyi sepanjang highway Lekas menyebabkan Tuan Ismail kurang senang jika Qarleesha pulang bersendirian.
Qarleesha menguap panjang lalu berisgtifar. Kalau nak diikutkan hati dia mahu saja tidur dirumah sewanya dan mengikut saja kata papanya. Tetapi memikirkan teman serumahnya tiada dirumah dia membatalkan saja niat lalu meneruskan perjalanan ke Pajam.
Dikuatkan stereo kereta yang memainkan lagu-lagu kegemarannya dari Mp3 USB. Sesekali dia menoleh ke sisi cermin dan di cermin pandang belakang. Hanya dua tiga kereta saja melalui di jalan raya dan kebanyakkannya sudah melintasi dia dan terus meluru lebih laju kerana jalan raya sangat lengang.
Qarleesha merasakan bulu romanya meremang dan jantungnya berdegup pantas. Dia menoleh ke cermin pandang belakang. Ada tetamu tidak diundang di tempat duduk penumpang dibelakang. Qarleesha menekan brek kecemasan dan hampir terbabas di pembahagi jalan. Dia berisgtifar.
“Lailahaillallah, lailahaillallah, lailahaillallah Muhammadarasullullah,” Qarleesha memejamkan mata lalu membaca surah Qursi.
Mujur tiada kereta lain sewaktu itu, jika tidak pasti saja kenderaannya dirempuh! Qarleesha membuka mata dan lembaga berambut panjang kusut bermata merah berdarah itu tiada lagi ditempat duduk belakangnya.
No comments:
Post a Comment